AMALAN TAHUN BARU HIJRIYYAH
Pada tahun ini 30 Zulhijjah 1435 H jatuh pada
4 November 2013 (Senin) dan 1 Muharram 1435 H jatuh pada 5 November 2013
(Selasa). Jangan lupa :
1. PUASA HARI AKHIR BULAN DZULHIJJAH DAN HARI PERTAMA BULAN MUHARRAM
Dijelaskan dalam kitab Durrotun Nasihin, Rasulullah SAW bersabda :
مَنْ صَامَ اْليَوْمَ اْلاَخِيْرَمِنْ ذِى الْحِجَّةِ
وَاليَوْمَ الاَوَّلَ مِنَ الْمُحَرَّمِ فَقَدْ خاَتَمَ السَّنَةَ المَاضِيَةَ وَفَتَحَ
السَّنَةَ القَابِلَةَ بِالصَّوْمِ وَجَعَلَ اللهُ لَهُ كَفَّارَةَ خَمْسِيْنَ سَنَةً
"Barang siapa berpuasa pada hari terakhir bulan Daulhijjah dan pada hari pertama pada bulan Muharrom, maka sungguh dia menutup tahun yang telah lewat dan membuka tahun yang akan datang dengan puasa, dan Allah akan menjadikannya sebagai penghapus dosa selama 50 tahun"
2. DO'A AKHIR DAN AWAL TAHUN
membaca kedua-dua doa akhir tahun (1434H) dan doa awal
tahun (1435H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan
mendapat keampunan Allah SWT, insya Allah….
Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum
masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat
Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun
keampunan dosa yang lalu.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami
Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke
atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada
perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum
bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan
aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku,
tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan
dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah
aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau
redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka
aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang
Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan
janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan
Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan
sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram
1435 (Hari Senin malam Selasa).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib
ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2
malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama
setahun yang mendatang.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami
Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke
atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan
ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah
tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu
di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya
dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan
usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang
mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi
dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas
mereka.
No comments:
Post a Comment